Terimakasih sudi datang ke Link Media Baru

Sila Datang Lagi Dan Terimakasih

Rabu, 12 November 2014

KUALA LUMPUR - Pelbagai aktiviti penerangan berterusan mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada masyarakat telah berjaya menangani beberapa isu salah faham mengenai cukai bertindih, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong.

Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat bahawa penerangan itu juga memudahcarakan proses pendaftaran daripada komuniti perniagaan dan meningkatkan komunikasi di peringkat negeri dan luar bandar.

“Penerangan juga dilaksanakan melalui program wawancara, bual bicara, iklan, pengumuman, rerayap, kapsul dan sebagainya menerusi beberapa stesen televisyen dan radio kerajaan serta swasta.

“Pelbagai bahan sokongan seperti buku panduan GST (penggunaan dan perniagaan), risalah dan roadshow pameran juga dilaksanakan untuk memberi penjelasan serta penerangan mengenai GST,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling).

Abdul Azeez ingin tahu usaha berterusan dalam memberi penerangan mengenai GST kepada rakyat sebelum dilaksanakan April tahun depan.

Chua berkata, kerajaan menggunakan pelbagai saluran perhubungan bagi menggiatkan program kesedaran dan latihan GST secara berterusan bagi meningkatkan kesedaran, kefahaman dan kesediaan masyarakat terhadap GST.

“Kita (kerajaan) gunakan media massa, penjelasan secara bersemuka, media digital dan media sosial, sesuai dengan golongan kumpulan sasar yang pelbagai, termasuk masyarakat luar bandar,” katanya.

Menurutnya, melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan, kerajaan bekerjasama secara bersepadu dengan pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), persatuan perniagaan, persatuan pengguna dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melaksanakan program taklimat GST di seluruh negara.

“Kita laksana program-program ini ke seluruh negara termasuk daerah, kampung, kumpulan individu mengikut kumpulan sasaran masing-masing,” katanya. - Bernama

1:32 PG Mohamad

MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN

MEDIA SHAH ALAM